Assalamualaikum semua. Selamat Pagi yee. Semoga hari ini lebih dari sebelum-sebelum ini. dan lagi satu saya nak pesan JANGAN LUPA bahawa setiap kali kita bangun pagi kalimah BISMILLAH jangan pernag dilupakan dan kita juga hendaklah sentiasa senyum baru laa awet muda laa katakan :)
hahh ! Pada hari ini saya ingin menceritakan tentang MANFAAT BANGUN PAGI ini. Terdapat pelbagai manfaat dalam bangun pagi ni tapi kengkadang kita yang tidak tahu kerana tiada kemahuan untuk mengambil tahu. Betul kan ?
Antara Manfaat Bangun Pagi ::
:: akan menyihatkan tidak hanya secara fisik malah secara mental juga. Keseimbangan tersebut akan membantu meningkatkan produktiviti anda dan membantu anda untuk menjalani aktiviti sepanjang hari dengan mood yang baik dan seimbang. Apalagi apabila dilengkapi dengan sarapan pagi.
:: manfaat bangun pagi juga dapat anda rasakan lebih maksima bila anda dapat meluangkan waktu sejenak untuk berjemur di bawah sinar matahari pagi yang diketahui dapat membantu pembentukan vitamin D dalam tubuh anda. Selain kesihatan tulang, vitamin D diketahui memberikan protein terhadap beberapa jenis kanser (kanser paru-paru, prostat, kulit) dan membantu menurunkan kolesterol jahat dalam darah yang tentu saja berkaitan dengan kesihatan jantung anda.
:: Sinar matahari pagi diketahui dapat meransang pembentukan hormon serotonin dalam tubuh yang berkontribusi pada suasana hati dan keseimbangan mental yang lebih baik.
Ini sahaja lahh yang dapat saya kongsikan kepada semua tentang manfaat bangun pagii nih . Apa salahnya jika kita berkongsi ilmu kepada orang kan. Jadi jangan lupa membaca dan BANGUNLAH PAGI setiap hari, anda pasti akan sentiasa sihat. INSYAALLAH :)
Assalamualaikum semua

No comments:
Post a Comment